Ulasan Buku Bekerja & Berniaga, Pn Norhayati
Alhamdullilah saya panjatkan syukur kepada Allah 
S.W.T, akhirnya hati saya tergerak untuk membeli dan membaca buku 
tersebut sehingga habis. Sebenarnya saya sangat teruja dan seronok 
apabila buku tersebut dapat sampai ditangan saya dan perasaan untuk 
membaca semakin menebal. Saya suka dengan gaya penulisan yang cuba 
disampaikan kepada setiap pembacanya dengan bahasa yag mudah difahami, 
ringkas dan ilmu yang padat berdasarkan perkongsian maklumat serta 
pangalaman yang telah penulis laluinya
    Melaui
 pembacaan yang saya perolehi, dapat saya simpulkan bahawa perkara yang 
penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan ini adalah NIAT sebenarnya 
apa yang kita hendak capai. Perkara ini adalah langkah permulaan sebelum
 kita melalui proses berikutnya. MATLAMAT yang jelas @ realistik perlu 
dihuraikan dengan terperinci bagi memudahkan TINDAKAN yang mantap dapat 
dilaksanakan. Antara daripada kesan disetiap penulisannya ialah kita 
perlu memerlukan sesuatu dalam keadaan selesa dan bukan tersedak, perlu 
berhijrah daripada zon selesa.
Pengalaman
 daripada kegagalan dalam bidang perniagaan yang lepas, mengajar saya 
utuk sentiasa belajar dan sentiasa mencari ilmu yang berguna disamping 
mendapatkan didikan daripada MENTOR yang berjaya..
InsyaAllah, saya akan terus berusaha untuk maju. 
Saya
 mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Pn  Anysidayu Zakaria kerana 
sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya..Semoga perancangan yang 
 kita sama-sama laksanakan mendapat RAHMAT dan LINDUNGAN daripada Allah 
S.W.T. InsyaAllah..Semoga dipermudahkan segalanya dengan izinNYA
-yatie-



No comments:
Post a Comment