Showing posts with label Buku Bekerja & Berniaga. Show all posts
Showing posts with label Buku Bekerja & Berniaga. Show all posts

Wednesday, 22 July 2015

Urus Masa Dengan Baik - Buku Bekerja & Berniaga

Bismillah.

Selamat kembali bekerja, selamat kembali ke sarang menjemput rezeki.

Bekerja dan berniaga dalam masa yang sama banyak likunya, perlukan displin yang tinggi.
Matlamat tidak menghalalkan cara.

Urus masa dengan baik supaya kita tidak mengguna masa dan harta benda majikan untuk perniagaan sambilan kita. Ianya bakal menjadi darah daging kita dan anak-anak.

Kita jaga hubungan dengan Allah swt, Allah swt jaga yang lainnya untuk kita.
InsyaAllah.

Petikan buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI.

Kami sudah terima tempahan untuk pembelian





Untuk yang minat belajar dropship juga dialukan. Sertai dropship buku

http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com/p/pendaftaran-agen-dropship.html

Sunday, 14 June 2015

Ulasan Buku Bekerja & Berniaga





Ulasan Buku Bekerja & Berniaga, Pn Norhayati

Alhamdullilah saya panjatkan syukur kepada Allah S.W.T, akhirnya hati saya tergerak untuk membeli dan membaca buku tersebut sehingga habis. Sebenarnya saya sangat teruja dan seronok apabila buku tersebut dapat sampai ditangan saya dan perasaan untuk membaca semakin menebal. Saya suka dengan gaya penulisan yang cuba disampaikan kepada setiap pembacanya dengan bahasa yag mudah difahami, ringkas dan ilmu yang padat berdasarkan perkongsian maklumat serta pangalaman yang telah penulis laluinya

    Melaui pembacaan yang saya perolehi, dapat saya simpulkan bahawa perkara yang penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan ini adalah NIAT sebenarnya apa yang kita hendak capai. Perkara ini adalah langkah permulaan sebelum kita melalui proses berikutnya. MATLAMAT yang jelas @ realistik perlu dihuraikan dengan terperinci bagi memudahkan TINDAKAN yang mantap dapat dilaksanakan. Antara daripada kesan disetiap penulisannya ialah kita perlu memerlukan sesuatu dalam keadaan selesa dan bukan tersedak, perlu berhijrah daripada zon selesa.

Pengalaman daripada kegagalan dalam bidang perniagaan yang lepas, mengajar saya utuk sentiasa belajar dan sentiasa mencari ilmu yang berguna disamping mendapatkan didikan daripada MENTOR yang berjaya..
InsyaAllah, saya akan terus berusaha untuk maju. 

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Pn  Anysidayu Zakaria kerana sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya..Semoga perancangan yang  kita sama-sama laksanakan mendapat RAHMAT dan LINDUNGAN daripada Allah S.W.T. InsyaAllah..Semoga dipermudahkan segalanya dengan izinNYA


-yatie-