Showing posts with label ulasan pembaca buku MMR. Show all posts
Showing posts with label ulasan pembaca buku MMR. Show all posts

Sunday, 23 August 2015

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Memberi Kesan dihati Pembaca Non Muslim

Alhamdulillah, syukur

Didoakan moga lebih ramai mendapat manfaat, taufik dan hidayah Ilahi asbab membaca Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan pelbagai lagi buku motivasi

Kami di dropship buku, hanya sebagai penyampai. Moga lebih ramai mendapat manfaat
.
.
.
Nota kaki : Gambar testimoni ulasan pembaca buku MMR, yang telah membelinya daripada agen dropship buku.
.
.
.
Untuk yang mahu sebarkan ilmu seperti ini jom daftar dalam dropship buku. Kita sebarkan manfaat dan kebaikan daripada buku-buku yang ada, asbab bacaan buku-buku ini lebih ramai yang akan mendapat hidayah Ilahi.
.
.
.
Daftar dropship boleh pm saya ya ;)
.
.
Jika mahu dapatkan pelbagai koleksi buku di sini boleh juga hubungi agen dropship kami 

Sunday, 21 June 2015

Ulasan Pembaca Buku MMR

Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Teks : Pn. Nurhuda Aziziuddin
Gambar : Pn. Nurhuda Aziziuddin


Pasti ramai yang telah memiliki buku Mudahnya Menjemput Rezeki(MMR), karya Tn. Fathuri  Salehuddin kan? Alhamdulillah, tahniah kepada anda yang telah memilikinya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada pembacaan buku MMR ini dan didoakan juga asbab daripada pembacaan buku MMR ini kita menjadi insan yang lebih baik di sisiNya.
Buku MMR versi Penuh

Buku MMR ini dimiliki oleh saya pada tahun 2012. Pada ketika ini saya akui yang saya cuai dalam menyempurnakan ibadat-ibadat wajib. Saya berpendapat usaha yang gigih semata-mata adalah punca untuk mendapatkan rezeki yang banyak. Oleh yang demikian, atas pemikiran inilah saya lebih mementingkan kerja berbanding menyegerakan waktu solat.


Alhamdulillah pada minggu pertama Ramadhan 2012, saya dapati ramai teman-teman ‘Facebook’ menulis berkaitan solat dan puasa. Mereka menyatakan betapa ruginya orang-orang yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Apabila membaca status tersebut hati kecil saya rasa tersentap. Di dalam hati saya mengakui yang sayalah di antara golongan-golongan yang berpuasa tetapi mengambil mudah ibadah solat. Secara tiba-tiba hati saya rasa sayu dan saya mula mencari apakah matlamat sebenar kehidupan saya? Apakah bekalan saya di akhirat kelak? Adakah kerja yang sibuk sehingga mengabaikan solat ini akan membantu saya di akhirat nanti?


Jawapannya, pastilah TIDAK bukan?


Alhamdulillah ketika bermonolog di dalam diri dan mencari sesuatu, saya terbaca status Facebook seorang sahabat yang memuatnaik muka depan buku MMR. Ulasan buku MMR yang dinyatakan oleh sahabat saya ini benar-benar mengusik hati saya dan dengan tiba-tiba ada satu keinginan yang kuat untuk saya memiliki buku MMR ini.  Alhamdulillah selepas 2 hari buku MMR berjaya saya miliki. 


Agak memeranjatkan juga kerana buku ini berjaya saya habiskan kurang dari 1 hari dan saya baca buku ini tanpa lompat mukasurat. Susunan ayat di dalam buku MMR adalah ringkas mudah faham dan meresap di dalam jiwa. Sedikit sebanyak perkongsian di dalam buku MMR ini berjaya membuka satu lembaran baru dalam kehidupan saya. saya mula belajar bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada saya. 

Buku Mini MMR 
Jika dahulu saya ambil mudah dengan rezeki-rezeki percuma yang dikurniakan olehNya seperti udara, kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan. Tetapi selepas membaca buku MMR ini saya merasakan betapa banyaknya nikmat rezeki yang telah dikurniakan olehNya kepada saya walaupun saya lalai dalam mengingatiNya. Dulu saya berfikiran rezeki = DUIT. Banyak duit bermaksud banyaklah rezeki dan sebaliknya. Tetapi konteks rezeki adalah lebih banyak dan pelbagai. Ianya bukan hanya dinilai dalam bentuk duit semata-mata.


Oleh yang demikian kepada sahabat-sahabat yang merasakan rezeki mereka sempit, saya syorkan untuk sahabat-sahabta memiliki buku MMR ini. Kita fahami maksud rezeki terlebih dahulu. Mula bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada pada masa kini. Berdoa, berdoa, berdoa dan berusaha insyaAllah rezeki kita akan sederas air sungai dan seluas hamparan lautan. InsyaAllah. 


Subhanallah, Allahuakhbar, Alhamdulillah.