Monday, 18 April 2016

Kisah Sedekah Anak Kecil

Friday, 25 April 2014

Kisah Sedekah Anak Kecil


Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismilllah. Assalamualaikum. Sudah hari jumaat hari ini. Rezeki pemberiaan Allah swt tidak terbatas banyaknya. Bukan hanya wang ringgit, malah dari pelbagai bentuk.  Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah tentang sedekah, yang berlaku awal minggu ini. Begini kisahnya.
Hari Ahad yang lalu ketika pulang dari sekolah, cuaca dengan hujan lebat mencurah bumi. Beg sekolah anak ini basah kuyup kerana ketika menunggu ketibaan van sekolah hujan telah lebat. Turun dan sampai pula di rumah nenek, masih lagi hujan. Beg tersebut telah terputus tali dan terkoyak. Pada waktu petang, apabila mama pulang dari kerja, anak ini bercerita perihal beg tersebut.
"Mama, beg sekolah kakak dah terkoyak, putus tali. Dah tak boleh guna lagi,"
" Kita beli hujung minggu nanti ye, tunggu mama gaji. Sementara guna dulu beg lama, boleh tak"
" Ok, boleh," jawab kakak.
"Mama tadi di sekolah kakak derma RM5, guna duit yang atuk bagi pagi tadi. Duit mama bagi dah habis buat beli jajan. Kakak tak de duit syiling, tinggal RM5 je. Kakak derma masuk tabung,"
"Alhamdulillah, bagus, niat kerana Allah Taala tak?"
Jawab si kakak, dah niat, dan terus masuk duit dalam tabung.
Keesokkan harinya, kebetulan sekolah agama bercuti sempena Pertandingan Tilawah Al Quran. Menjelang lewat pagi, mama menerima panggilan telefon dari kakak.
"Mama, kakak dah dapat beg sekolah baru, cantik warna pink hitam, nenek belikan"
"La, kenapa kakak suruh nenek beli, kan mama dah bagitahu nanti cuti hujung minggu kita cari beg, berapa harga beg tu"

"Taklah, nenek yang nak belikan, kakak tak mintak pun. RM59 harganya"

"Ucap terima kasih dengan nenek ya,"

"Okey mama, beg ni kakak bawa pergi sekolah kebangsaan tau. Beg lama guna untuk sekolah agama. Bye mama," dengan suara girang sekali.


Beberapa hari selepas kejadian, dalam diam ''mama'' terfikir, Alhamdulillah, rezeki kakak, Allah gantikan semula apa yang telah kakak keluarkan tempoh hari dengan mendapat beg sekolah baru. Semoga kakak terus istiqomah bersedekah pada mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan Allah swt limpahkan rezeki yang tak terhingga pada mu wahai anakku.

Tips Mencukupkan Rezeki

[TIPS MENCUKUPKAN REZEKI]

Al-fatihah (7 kali)

Al-Ikhlas (13 kali)

Solat dhuha (4 rakaat)
.



‪#‎bisnescarakami‬ ‪#‎tipfellina‬ ‪#‎sayajualbukubisnescarakami‬

Friday, 8 April 2016

Suci Dalam Debu

SUCI DLM DEBU - IKLIM
Engkau bagai air yang jernih
πŸ”ΉItulah diri kita yang sebenar (Ruh)
Di dalam bekas yang berdebu
πŸ”ΉJasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.
Zahirnya kotoran itu terlihat
πŸ”ΉSifat manusia suka melihat keburukan orang lain
kesucian terlindung jua
πŸ”ΉHal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.
Cinta bukan hanya di mata
πŸ”ΉCinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat
Cinta hadir di dalam jiwa
πŸ”ΉCinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

Biarlah salah di mata mereka
πŸ”ΉMereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

Biar perbezaan terlihat, antara kita
πŸ”ΉPerbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

Kuharap engkau kan terima
πŸ”ΉBermunajat agar di terima Ilahi

Walau di pandang hina
πŸ”ΉSebagai hamba yang hina

Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
πŸ”ΉPerasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
πŸ”ΉDi alam akhirat

Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
πŸ”ΉBila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
πŸ”ΉDiri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

Debu jadi permata, hina jadi mulia
πŸ”ΉRoh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

Bukan khayalan, yang aku berikan
πŸ”ΉKitab Al Quran

Tapi keyakinan yang nyata
πŸ”ΉKitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..πŸ˜”πŸ˜Š
.
‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎Mulabisnesonline‬ ‪#‎copypasteamalltilljannah‬ ‪#‎agengroupsupportlike‬ ‪#‎kelasonlineblog

Thursday, 7 April 2016

Strategi Marketing

Janji Allah, "Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"

Petikan dari Buku "MUdahnya Menjemput Rezeki".

Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"

Itu lah kita. Manusia yang pendosa, Sering bergantung harap pada manusia. Pada tools, strategi, tips dan pemasaran yang hebat. Sedangkan Allah dah tunjuk, Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

+ Solat awal waktu
+ Bersedekah
+ Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
+ Dhuha
+ Tahajjud
+ Taubat

Jom muhasabah diri. Moga kita jadi Usahawan Islam yang sentiasa mendapat keredhaan Allah swt
😊
.
‪#‎bukuMMR‬ ‪#‎sayajual‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎mulabisnesonline‬ ‪#‎agengroupsupportlike‬

Monday, 4 April 2016

Jangan Malu Hadiri Majlis ilmu

Daripada Abu Waqid Al Laitsi Radhiallahanhu berkata:
Ketika Rasulullah saw  sedang duduk bersama-sama para sahabat dalam majlis ilmu di masjid, tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terus menyertai majlis Rasulullah saw.

Orang yang pertama ia melihat ada tempat kosong di tengah-tengah halaqah maka ia pun terus duduk.

Orang yang kedua hanya duduk dibahagian belakang majlis.

Adapun orang ketiga (kerana ia melihat orang ramai maka ia rasa malu masuk ke majlis ilmu itu) maka ia terus pergi ke tempat lain.

Maka setelah selesai nabi saw bersabda : Hendakkah kamu aku beritahu tentang 3 orang yang baru datang tadi.

Yang pertama ia bersungguh untuk  mencari ilmu maka Allah memberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia merasa malu ( tak bersungguh sungguh) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberinya ilmu yang banyak). Adapun yang ketiga maka ia berpaling dari Allah, maka Allah berpaling juga daripadanya.

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Pengajaran hadis:
~ janganlah malu menuntut ilmu walaupun siapa diri kita. Assalamualaikum selamat malam.
.
#anysidayuzakaria #amaltilljannah