Monday 4 April 2016

Jangan Malu Hadiri Majlis ilmu

Daripada Abu Waqid Al Laitsi Radhiallahanhu berkata:
Ketika Rasulullah saw  sedang duduk bersama-sama para sahabat dalam majlis ilmu di masjid, tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terus menyertai majlis Rasulullah saw.

Orang yang pertama ia melihat ada tempat kosong di tengah-tengah halaqah maka ia pun terus duduk.

Orang yang kedua hanya duduk dibahagian belakang majlis.

Adapun orang ketiga (kerana ia melihat orang ramai maka ia rasa malu masuk ke majlis ilmu itu) maka ia terus pergi ke tempat lain.

Maka setelah selesai nabi saw bersabda : Hendakkah kamu aku beritahu tentang 3 orang yang baru datang tadi.

Yang pertama ia bersungguh untuk  mencari ilmu maka Allah memberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia merasa malu ( tak bersungguh sungguh) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberinya ilmu yang banyak). Adapun yang ketiga maka ia berpaling dari Allah, maka Allah berpaling juga daripadanya.

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Pengajaran hadis:
~ janganlah malu menuntut ilmu walaupun siapa diri kita. Assalamualaikum selamat malam.
.
#anysidayuzakaria #amaltilljannah

No comments:

Post a Comment