"Sejak
saya berhenti kerja, saya dihujani dengan kesusahan yang datang silih
berganti. Segala usaha tidak menjadi. Fikiran semakin kusut. Apa
sebenarnya yang Allah sedang aturkan? Persoalan yang tiada jawapan
ketika itu membuatkan saya semakin cemas dan tiada harapan"
Namun, di sisi Allah kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan
saya. Akhirnya saya bertemu jawapan dalam memahami dan menyakini
kebenaran janji Allah bahawa sungguh bersama kesusahan ada kesenangan.
Itulah yang saya mahu kongsikan" Era Adlina -
Kisah Benar “Saya seorang Penulis”.
Saya masih ingat pada tahun lepas tatkala Allah ilhamkan saya untuk
menulis sebuah buku tentang kisah perjalanan novel hidup saya. Pada
mulanya saya kurang faham sehinggalah Allah mencipta situasi sehingga
saya benar-benar faham yang Dia mahu saya menulis.
Hati saya berkata, barangkali kisah hidup serta pengalaman yang saya lalui menjadi asbab untuk orang lain lebih dekat padaNya. Lalu saya mengadu padaNya yang saya tidak pernah menulis sebarang bentuk artikel apatah lagi sebuah buku.
Alhamdulillah tahun yang sama pada bulan Ramadhan Allah rezekikan saya
bersama tiga beradik menghadiri kursus penulisan Tuan Fauzul Naim. Yang
peliknya kelas itu di hadiri hanya seramai 5 orang termasuk saya. Malah
pada bulan ramdhan itu Tuan Fauzul memberikan diskaun untuk menyertai
kelas penulisan itu.
Apabila dia mengatakan dia tergerak hati nak
adakan kelas sempena ramadhan dan kerana itu dia teruskan kelas ini
walaupun yang daftar tidak ramai. MasyaAllah! Barangkali situasi itu
biasa untuk orang lain, tapi peristiwa itu benar-benar menyentuh hati
saya.
Hati saya berkata jika kita pernah berdoa dan mohon Allah
tunjukkan jalan dan serahkan pada Allah bagaimana saya harus mula
menulis. Dialah Allah apabila mengkehendaki sesuatu tidak ada yang
mustahil bagiNya.
Apabila saya mula menulis, lalu saya terfikir
siapakah penerbit yang sanggup menerbitkan buku sulongku. Siapalah
aku…fikir saya…rasa malu sangat2 ketika itu. Selesai solat hajat Allah
memberi ilham untuk sms Ustaz Fathuri. MasyaAllah! malam itu ustaz
hubungi saya dan meminta saya untuk terus menulis. Sehinggalah apabila
manuskrip buku telah siap di tulis.
Apabila manuskrip sentuhan
pertama siap di tulis saya di khabarkan bahawa Ustaz bermusafir 4 bulan
ke luar negara. Lalu ada suara yg mengatakan patutkah aku menunggu 4
bulan?
Lalu saya solat istiarah. saya mimpi saya mengadiri kelas
ustaz fathuri. Pagi tu bila buat istiarah Al-Quran. Allah memberi saya
ilham melalui petunjuk Al-Quran di mukasurat yang saya buka.
Antaranya kisah dalam surah Muhammad ayat 30 sehingga 38 itu Allah
menceritakan kisah orang yang di ajak untuk berinfak ke jalan Allah.
Hati saya percaya ada sesuatu dan pasti ia bersebab bila Allah sampaikan
message itu pada saya.
Yang pasti hati saya sungguh berlapang dada
dan mengatakan memang Ustaz fathuri lah penerbitnya. Bagi saya bila
Allah pilih ustaz Fathuri pasti ia bersebab. Dan jika Allah suka pasti
saya pun suka biarpun saya perlu menunggu Ustaz lagi beberapa bulan
untuk pulang ke Malaysia.
Alhamdulillah apabila saya menghubungi
ustaz selepas pulang ke Malaysia dan ustaz mengatakan walaupun saya
belum baca manuskrip saya, Ustaz kata “hati saya berkata untuk teruskan
penerbitan buku sulong ini”.
Lalu sebaik meletakkan telefon saya
segera sujud syukur dan menangis2 tentang kasih sayang Allah yang saya
rasakan ini. Kini tatkala manuskrip buku yang terakhir sudah sampai ke
tangan Ustaz dan tatkala membaca komen dari Ustaz tentang manuskrip buku
saya. MasyaAllah! Sekali lagi saya sujud syukur dan menangis2 atas rasa
kasih sayang Allah ini.
Benarlah jika kita benar-benar meletakkan
diri kita sebagai hamba Allah dan berdoa “Ya Allah saya serahkan urusan
ini kepada-Mu kerana Engkaulah sebaik-baik perancang.
Tiada daya
dan kekuatan kecuali dariMu Ya Allah” dan mengikut formula yang Allah
gariskan untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hambaNya
sebagaimana yang Allah suka maka Allah pasti tidak akan pernah
sia-siakan hajat dan permintaan hambaNya.
Saya percaya bahawa bersama kesusahan dalam mencapai hajat terkandung rahsia kesenangan yang Allah janjikan.
Begitulah..SubhanAllah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Era Adlina A. Kadir
Bagi yang ingin mendapatkan buku ini hanya RM25 harga termasuk pos semenanjung
RM30 harga termasuk pos sabah sarawak