Sunday 14 June 2015

Bersedekah Tidak Pernah Mengurangkan Rezeki

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria 



Alhamdulillah, saya mula membaca buku MMR pada awal tahun 2013, semasa cuti bersalin anak kedua. Melalui beberapa amalan yang dinyatakan saya cuba konsisten melakukannya. Saya cuba konsisten mengamalkan solat dhuha dan beberapa amalan lain dalam buku MMR ini. Syukur Ya Allah, rezeki Allah. Saya menerima sebuah ebook secara percuma sahaja melalui salah seorang rakan niaga saya, di mana saya mempromosikan ebook beliau. Beliau memberikan saya ebook tersebut percuma kerana Berjaya mendapatkan pelanggan pertama.  Alhamdulillah, saya juga turut mendapat tawaran mengikut kelas online yang beliau anjurkan. Kelas tersebut bernilai RM150. Saya dapat ikut secara percuma sahaja. Alhamdulillah, terus saya sujud syukur dan menangis kerana janji Allah benar sekali. Sejak dari itu saya mula cuba konsisten mengamalkan semua amalan yang dinyatakan dalam buku MMR.

Ini pula kisah sebenar saya tentang kelebihan dan power of sedekah. Melalui pembacaan dalam buku MMR juga saya cuba konsisten melakukan sedekah setiap hari. Saya sangat tertarik dengan salah satu kisah perkongsian penulis buku MMR yang tajuknya Bos hanya perantaraan rezeki dari Allah. Kisah seperti ini pernah terjadi beberapa kali kepada saya.

Kisah saya ini terjadi pada tahun 2013 juga, semasa bulan ramadhan. Pada satu hari, datang rakan pejabat mahu mengutip sumbangan derma untuk sebuah badan kebajikan. Kebetulan hari itu, saya memang belum bersedekah lagi. Dan saya memang sudah berniat awal pagi itu, untuk melakukan sedekah di pejabat, dan berdoa ada tempat untuk saya salurkan. Sejak saya amalkan sedekah, biasanya setiap awal pagi saya mula berfikir-fikir hari tersebut di mana saya mahu salurkan sumbangan. Walau bagaimanapun sebenarnya pada waktu itu saya benar-benar langsung tiada wang ditangan, hanya yang tinggal RM10 sahaja itu pun saya tertinggal di dalam kereta. Ralat sungguh. Tapi saya berpesan pada rakan pejabat, datang semula esok hari, saya nak berikan sumbangan. Dengan niat, Ya Allah semoga ada rezeki untuk saya bersedekah esok.  Alhamdulillah, niat yang baik untuk bersedekah juga sememangnya Allah mendengarnya.  Petang tersebut saya mendapat hasil jualan. Terus saya berniat mahu bersedekah RM20 keesokkan hari pada rakan yang datang mengumpulkan sumbangan.  Keesokkan harinya saya teruskan niat bersedekah tersebut.  Alhamdulillah, syukur Ya Allah tak sampai sehari, Allah sudah balas ganjaran sedekah tersebut. Petang itu juga, boss saya berikan duit raya (seminggu menjelang syawal) sebanyak RM200. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment