(Gambar hiasan - Buku yang dah diterima pelanggan) 
Bertanya Allah Dahulu – Penawar Buat Peragu Rezeki
#TeknikBAD hanyalah sekadar sesi dialog dengan Allah. Antara hamba 
dan Pencipta. Seperti kita berbual dengan manusia. Namun, sesi dialog 
ini adalah lebih premium dan eksklusif antara hamba dan Pencipta.
Ada beza antara monolog (bercakap dengan diri sendiri) dan bercakap 
dengan Allah. Ketika kita marah, andai saat itu kita bercakap dengan 
Allah, insya-Allah kita akan rasa lebih tenang.
Berbeza dengan monolog, bercakap dengan diri sendiri. Yang seterusnya
 berkemungkinan besar diperdaya oleh syaitan, untuk terus-menerus 
mengeluarkan kemarahan itu seperti baling barang dan sebagainya.
Adakalanya kita perlu menjadi seorang kanak-kanak (walau saat ini 
kita adalah orang tua) apabila berdialog dengan Allah. Seperti ketika 
kita masih kecil. Adakalanya kita bercakap dengan Dia. Menjadikan Allah 
sebagai sahabat yang akrab untuk kita luahkan segalanya.
Cuma, kehadiran buku ini, hanya sebagai ulang kaji, bahawa aktiviti 
berdialog dengan Allah, telah lama kita tinggalkan. #KisahSuksesBAD, ia 
kelihatan seperti sesuatu yang baru orang tahu tentang berdialog dengan 
Allah.
“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), 
maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama 
dengannya.”
 (Surah al-An‘am 6: Ayat 60)
Buku BAD: Bertanya
 Allah Dahulu memberi pendekatan yang lebih mudah untuk kita sentiasa 
mengingati Allah. Penceritaan yang mudah difahami dan mudah juga untuk 
kita praktikkan mengikut saranan yang diberikan.
Perkongsian cerita berdasarkan pengalaman mereka yang telah melakukan teknik BAD juga amat memberangsangkan dan memberi keyakinan bagi mereka yang masih ragu tentang betapa Allah itu sentiasa memenuhi permintaan kita, cuma kita sahaja yang tidak perasan atau mungkin tidak yakin.
Satu buku yang patut dimiliki oleh setiap keluarga. Syabas kepada penulis di atas penghasilan sebuah buku yang bermanfaat.

No comments:
Post a Comment