Friday, 25 April 2014
          
        
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Bismilllah. Assalamualaikum. Sudah hari jumaat hari ini. Rezeki 
pemberiaan Allah swt tidak terbatas banyaknya. Bukan hanya wang ringgit,
 malah dari pelbagai bentuk.  Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi 
satu kisah tentang sedekah, yang berlaku awal minggu ini. Begini 
kisahnya.
Hari Ahad yang lalu ketika pulang dari sekolah, cuaca dengan hujan lebat
 mencurah bumi. Beg sekolah anak ini basah kuyup kerana ketika menunggu 
ketibaan van sekolah hujan telah lebat. Turun dan sampai pula di rumah 
nenek, masih lagi hujan. Beg tersebut telah terputus tali dan terkoyak. 
Pada waktu petang, apabila mama pulang dari kerja, anak ini bercerita 
perihal beg tersebut.
"Mama, beg sekolah kakak dah terkoyak, putus tali. Dah tak boleh guna lagi,"
" Kita beli hujung minggu nanti ye, tunggu mama gaji. Sementara guna dulu beg lama, boleh tak"
" Ok, boleh," jawab kakak.
"Mama tadi di sekolah kakak derma RM5, guna duit yang atuk bagi pagi 
tadi. Duit mama bagi dah habis buat beli jajan. Kakak tak de duit 
syiling, tinggal RM5 je. Kakak derma masuk tabung,"
"Alhamdulillah, bagus, niat kerana Allah Taala tak?"
Jawab si kakak, dah niat, dan terus masuk duit dalam tabung.
Keesokkan harinya, kebetulan sekolah agama bercuti sempena Pertandingan 
Tilawah Al Quran. Menjelang lewat pagi, mama menerima panggilan telefon 
dari kakak.
"Mama, kakak dah dapat beg sekolah baru, cantik warna pink hitam, nenek belikan"
"La, kenapa kakak suruh nenek beli, kan mama dah bagitahu nanti cuti hujung minggu kita cari beg, berapa harga beg tu"
"Taklah, nenek yang nak belikan, kakak tak mintak pun. RM59 harganya"
"Ucap terima kasih dengan nenek ya,"
"Okey mama, beg ni kakak bawa pergi sekolah kebangsaan tau. Beg lama 
guna untuk sekolah agama. Bye mama," dengan suara girang sekali.
Beberapa hari selepas kejadian, dalam diam ''mama'' terfikir, 
Alhamdulillah, rezeki kakak, Allah gantikan semula apa yang telah kakak 
keluarkan tempoh hari dengan mendapat beg sekolah baru. Semoga kakak 
terus istiqomah bersedekah pada mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan 
Allah swt limpahkan rezeki yang tak terhingga pada mu wahai anakku.