Monday 5 October 2015

Buku Aku Dia & Rezeki - Herba Dari Gadis Sami Buddha








Herba dari gadis Sami Buddha.
.
.
Tahun 1987. Taiping. Tepat jam 11 malam. Sekumpulan 11 orang Sami Buddha masuk ke dalam hotel. Kesemua mereka lengkap berpakaian Sami, dan hanya memakai selipar.

Saya menerima kehadiran mereka dengan segala hormatnya. Melekapkan kedua tangan dan diletakkan separas dada dan tunduk sedikit.

Kesemua Sami Buddha itu terus melakukan yang sama, tetapi mereka terus membongkokkan tubuh..
Nasib baik malam itu, rakan sekerja saya yang bernama Lim boleh berkomunikasi dalam bahasa Thai. Jam 1 pagi. Saya diarahkan untuk room service. Sebaik pintu dibuka, saya terus menghidu aroma lilin. Bilik itu hanya diterangi oleh lilin yang dinyalakan pada suatu sudut. Mereka tidak memasang penghawa dingin mahupun lampu bilik.

Seorang Sami memohon untuk mendapatkan beberapa cerek air untuk digunakan. Saya terus mengambil beberapa cerek air dari stor. Selepas diserahkan. Sami itu telah menyerahkan sepeket herba kepada saya. "Apabila kamu sakit, ambil secubit sahaja daun didalamnya, daun ini diambil dari pergunungan Tibet." Saya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih atas pemberian Sami itu.
Sami itu seorang gadis. Sejujurnya saya nyatakan bahawa Sami itu memang sangat cantik. Halus budi bahasanya.


Setelah berminggu lamanya.

Satu hari, adik saya mengalami kecederaan yang agak serius sewaktu bermain bola. Dia mengalami kesakitan dibahagian abdomen, akibat rempuhan pemain lawan dalam kawasan gol. Dia terpaksa diusung keluar padang. Petang itu juga, adik saya dibawa ke hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan, apabila sakitnya tidak berkurangan. Setelah dua malam dalam wad. Barulah saya teringat kembali kepada daun herba yang diberikan oleh Sami itu. Saya koyakkan bungkusan itu. Baunya agak wangi. Saya terus bawa ke wad. Saya ambil secubit dan taburkan ke dalam segelas air panas.
Sebaik air itu suam. Saya serahkan kepada adik saya untuk minum. Tiada sebarang reaksi dari adik saya. Selepas sembang hampir sejam. Saya terus pulang, kerana saya perlu berehat untuk masuk kerja shif malam. Keesokan harinya. Ibu saya menceritakan yang adik saya boleh dikeluarkan hari itu.
"Perutnya langsung tak sakit. Malam tadi dia tidur nyenyak, sampai jururawat nak ambil darah dia pun dia tak sedar." Ibu saya menceritakan apa yang berlaku kepada adik saya.
Mereka langsung tidak tahu tentang daun herba itu.


.
.
Berhajat untuk memiliki buku Aku, Dia & Rezeki? "Aku menulis bukan kerna nama."
Boleh buat pembelian melalui saya


No comments:

Post a Comment