sumber : http://www.hanimhilmi.com/2015/03/koleksi-buku-2-allah-tempat-meminta.html?m=1
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar 
semua pengunjung HanimHilmi,com? Didoakan kalian semua dalam kerahmatan 
& keberkatanNYA pada hari ini iaitu penghulu segala hari. Jom 
sama-sama perbanyakkan doa dan membaca surah Al-Kahfi pada hari ini.
Ok, saya 
baru sahaja membeli buku terbaru dari penulis FATHURI SALEHUDDIN yang 
menulis buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI(MMR) . Bagi yang belum baca entri
 saya berkaitan buku tersebut boleh le klik di sini ye..
Alhamdulillah,
 sejak buku ALLAH TEMPAT MEMINTA (ATM) dikeluarkan 3 kali percubaan 
untuk beli secara online baru saya dapat kerana habis terjual. Apa yang 
menarik hati saya untuk beli buku ini adalah perkongsian penulis tentang
 40 kisah benar individu yang diduga Allah dengan kesempitan rezeki yang
 mana akhirnya mendapat pertolongan dari Allah.
Sedikit 
perkongsian kisah pertama dalam buku ATM ni adalah Allah Maha Pemberi di
 mana kisah ini berlaku pada September 2014. Hamba Allah ini ditimpa 
masalah kewangan. Dengan gaji yang telah ditolak hutang-piutang baki 
yang tinggal hanyalah RM250 sahaja.
Dengan 
perasaan yang berkecamuk beliau mendirikan solat Zohor dan mencapai 
Al-Quran. Alhamdulillah tenang seketika diri beliau setelah berdoa 
memohon pertolongan dariNYA. Doa pertama yang beliau ucap " Terima kasih
 Ya Allah, kerana di sebalik musibah kewangan, ia mendekatkan saya 
kembali kepada yang Maha Pencipta". Beliau memohon untuk diberi jalan 
keluar akan kesulitan yang melanda.
Yang membuat saya merenung sebentar adalah beliau teringat akan pesan ustaz Yuotube
 ' ....kalau berdoa masa hujan lebat, in shaa Allah, doa dimakbulkan 
Allah...". Allahumma, biasanya bila hujan lebat kita terfikir 
'..lebatnya hujan, dah le nak drive balik rumah ni...", "...alahai basah
 le baju di jemuran..." macam ayat dalam cerita Pendekar bujang Lapuk 
tu... He...
Balik semula
 kepada cerita tadi, dengan airmata yang berlinangan beliau terus 
mengangkat tangan berdoa kepadaNYA. Selepas itu beliau mendirikan solat 
Dhuha, Solat Hajat, membaca ayat 26 & 27 Surah Ali-Imran dan beliau 
berserah sepenuhnya kepada Allah.
Pengunjung 
tahu apa yang berlaku selepas itu????? Beliau terus dapat call dari adik
 beliau yang mahu bank in duit ke akaun beliau. Selang beberapa hari 
beliau terima WhatsApp ada orang nak beli kereta lamanya. Baru beliau 
ingat yang beliau ada bagitau kawan-kawan mahu jual kereta lamanya.
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar....
 Maha Pemberi Engkau Ya Allah... Hampir berlinang air mata saya 
membacanya ketika itu sambil mendengar Doa Taubat alunan dari kumpulan 
nasyid Hijjaz.
Banyak ibrah
 yang boleh kita perolehi dari kisah inikan... Pertamanya kembalilah 
kepada Allah yang mencipta kita dan jangan berputus asa dengan dugaan 
yang Allah berikan kepada kita. Allah turunkan dugaan pada kita bukan 
Allah benci kita, tapi ALLAH SAYANG KITA  sebenarnya.
Ok, saya 
memang syorkan pengunjung HanimHilmi.com untuk dapatkan buku ni. banyak 
pengajaran yang boleh kita dapat dan muhasabah bagi ke arah yang lebih 
baik... Jumpa lagi semua...****************************************************************************
Terima kasih pada puan Hanim kerana sudi berkongsi ulasan buku ATM ini.
Bagi yang mahu mendapatkan buku ini, boleh buat belian terus di sini ya
http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com/p/untuk-membuat-pembayaran-sila-bank-in.html



No comments:
Post a Comment