Tuesday, 20 September 2016

BUKU RAHSIA PENULISAN BERPENGARUH



RAHSIA PENULISAN BERPENGARUH
RM 15 SENASKAH
RM 7 POS 
(RM22 SENASKAH TERMASUK POS) 



12 MINIT PERTAMA
Setiap kali meletakkan post di FB, ia akan 'hidup selama 12 minit. Jika komen dan like berlaku dalam tempoh tersebut, hayat post akan bertambah 12 minit lagi. Inilah logaritma asas di FB. Ruangan komen turut mempunya sistem interaksi LIKE & REPLY dapat bantu post tersebut muncul di wall rakan-rakan. Jika ada komen, kita perlu menjawab satu persatu. Komen dengan cepat dan klik LIKE pada komen yang disukai.


Jom baca lagi dalam BUKU RAHSIA PENULISAN BERPENGARUH. Hampir 50,000followers di FB semua rahsia ada dikongsi dalam buku ini #sayajual#dropshipbuku

BUKU VERSI MINI BISNES CARA KAMI



BUKU BISNES CARA KAMI & 
VERSI MINI BISNES CARA KAMI

Harga versi penuh rm28

Harga versi mini rm10
Harga tidak termasuk kos pos.

Untuk versi mini ada bonus Doa Amalan Murah Rezeki.







 Ingat satu sahaja, ketika ditimpaa ujian Allah tak minta kita jadi superhero yang boleh selesaikan semua masalah. Dia cuma minta kita SOLAT dan SABAR sahaja. Doa. Kalau kita buat tu, insya Allah mudah jalan kita nak jadi jutawan.


"Jangan tanya apa rahsia kejayaan kami sekarang. Tapi tanyalah betapa sukarnya hari lepaad yang kami lalui untuk mendapatkan semua ketenangan ini. Semoga terinspirasi!" (Petikan BUKU MINI BISNES CARA KAMI)





Buku mini BCK  :

1. Comel, Size A6.

2. 96 mukasurat.

3. Ada bonus Amalan Doa Murah Rezeki

4. Muka pertama ada ruang untuk letak bisnes kad, sesuai sangat jika kalau nak dijadikan free gift untuk customer tersayang.

5. Senang nak bawa ke mana.

Harga rm10 sahaja. Tidak termasuk kos pengeposan 

Tuesday, 6 September 2016

Program Wakaf Kerusi Batu

Ya Allah berikan kami kejayaan dunia akhirat. Assalamualaikum selamat pagi. Alhamdulillah untuk nikmat kehidupan ini. ☺#anysidayuzakaria#kelasonlineblogabdr #mulabisnesonline #agengroupsupportlike


Pagi ni saya kongsi sedikit PROGRAM TERBARU AMAL TILL JANNAH. ATJ melancarkan TABUNG WAKAF KERUSI untuk diwakafkan ke sekolah, masjid, IPT untuk kegunaan ramai. 5 set kerusi untuk fasa 1. Dengan jumlah nilai RM1500 untuk 5set. Jom menyumbangkan hanya RM10 seorang.
😘😘


Sedekah sedikit pun tidak mengurangkan harta. Malah lebih dari nikmat rezeki kewangan yang digandakan Allah swt. Yok berazam setiap hari ada sedekah yang kita hulurkan. 😍😍

Thursday, 11 August 2016

Amall Till Jannah

ASSALAMUALAIKUM *MUSLIMIN DAN MUSLIMAT* SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT*SALAM PERJUANGAN UNTUK MEREBUT REDHA ALLAH*
DENGAN NAMA ALLAH DAN LAFAZ *BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM*
PIHAK *AMAL TILL JANNAH* AKAN MELANCARKAN *PROGRAM KHAS ISTIQOMAH BUAT JEMAAT KEHORMAT ATJ*

UNTUK MENJAYAKAN PROJEK AMAL SECARA ISTIQOMAH SEPERTI DISENARAIKAN; *AMAL TILL JANNAH* MENJEMPUT *500 AHLI JEMAAH YANG PERTAMA UNTUK BERDAFTAR SEBAGAI AHLI JEMAAH KEHORMAT ATJ*.

Berikut adalah *SKIM AMANAH AKHIRAT*

*SEMUA PROGRAM AKAN DILAKSANAKAN SECARA ISTIQOMAH SETIAP BULAN*
OBJEKTIF PROGRAM:

*1 INDIVIDU 1 TABUNG ATJ*

*JEMAAH KEHORMAT YG BERDAFTAR bolehlah secara *ISTIQOMAH MENABUNG /SEDEKAH/INFAQ HANYA *MINIMUM RM40 BULANAN UNTUK *PROGRAM AMAL BERIKUT*;

🌺 *SEDEKAH JUMAAT SETIAP MINGGU*

🌺 *TAHLIL ARWAH KHAS UTK IBU BAPA / PASANGAN/KERABAT AHLI YG TELAH MENINGGAL DUNIA SETIAP MINGGU*

🌺 *WAKAF 1 KERUSI RODA SETIAP BULAN*

🌺 *TAJAAN UMRAH SEORANG JEMAAH ASNAF SETIAP BULAN*

🌺 *BAYARAN BIL AIR DAN LETRIK 1 MASJID, 1 RUMAH ANAK YATIM,1 MAAHAD TAHFIZ,1 KELUARGA ASNAF TERPILIH SETIAP BULAN*

🌺 *BEKALAN KEPERLUAN MAKANAN KE 1 MAAHAD TAHFIZ, 1 RUMAH ANAK YATIM,1 KELURGA ASNAF DAN OKU TERPILIH SETIAP BULAN*

🌺 *BEKALAN 500 BOTOL AIR MINERAL KE PUSAT TAHFIZ TERPILIH SETIAP BULAN*

🌺 *WAKAF BUKU AGAMA SETIAP BULAN*

🌺 *TABUNG KEBAJIKAN KEMANUSIAAN*

🌺 *TABUNG KHAIRAT KEMATIAN AHLI KELUARGA JEMAAH ATJ*

--------------------
*10 PROGRAM LENGKAP INI HANYA DENGAN INFAQ RM40 SECARA ISTIQOMAH BULANAN*

--------------------
*PENDAFTARAN* UNTUK MEREKA YG BERHAJAT MENYERTAI *PROGRAM ISTIQOMAH ATJ* BOLEHLAH KLIK DI LINK SEPERTI BERIKUT;
form online untuk Maklumat Ahli ATJ di
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdcX_w6OIwJjDNf0…/viewform…


*maklumat JEMAAH KEHORMAT adalah RAHSIA dan takkan didedahkan kepada mana2 pihak*
Boleh juga *wassap* taipkan *DAFTAR AK ATJ* hantar kepada *admin* seperti dibawah;

👉Admin Muslimin: *Mohd Khairudin* *016 6615672*

👉Admin Muslimat: *Syazwani Jannah* *012 9284284*

ATJ juga menyediakan satu ruang dan ingin mengajak saudara2 *MUSLIMIN DAN MUSLIMAT* sekalian untuk terus *ISTIQAMAH dalam mengerjakan AMAL SOLEH..dan sememangnya *AMALAN BERSEDEKAH adalah amalan yang amat disukai oleh RASULULLAH S.A.W*

😊😊😊😊😊
*PN ROSYA YUNUS

Anys Idayu Zakaria (Wakil Negeri Johor)

Thursday, 14 July 2016

Teknik Malas Masuk Syurga

TEKNIK MALAS' MASUK SYURGA :
Bagi mereka yang qiam on-off, puasa sunat sekali-sekala, sedekah kadang-kadang tapi nak masuk syurga, amalkan teknik ini. Ia di'endorse' oleh Rasulullah sendiri melalui satu hadith yg saya jadikan sebagai cerita di bawah :

Pernah suatu ketika, Rasulullah s.a.w duduk di masjid. Baginda berkata kepada para sahabat bahawa individu yang akan melewati pintu masjid tidak lama lagi adalah ahli syurga. Maka para sahabat pun menunggu dengan penuh debar dan rasa ingin tahu. Ternyata tidak lama kemudian, individu yang melewatinya adalah seorang arab badwi.
Lelaki kampung biasa, bukannya sahabat terkemuka. Keesokan harinya, Nabi s.a.w mengatakan perkara sama. Lantas para sahabat menanti dan ternyata, orang badwi sama yang datang melalui. Masuk hari ketiga, Nabi s.a.w masih mengatakan perkara serupa dan yang ajaibnya individu sama muncul dari pintu masjid.

Sudah tentu para sahabat merasa hairan apa amalan lelaki badwi itu sehingga ia dijamin ahli syurga. Lalu salah seorang dari mereka mengikuti lelaki badwi tersebut ke rumahnya. Ia meminta izin, ’Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari?’

Lelaki syurga itu membenarkannya.
Hari demi hari berjalan. Sahabat Nabi semakin hairan apakah amalan orang badwi ini kerana dia sedikit pun tidak melihatnya qiam solat malam bersungguh-sungguh.
Akhirnya, sahabat Nabi berterus-terang. ‘Ya fulan, apakah amalan seharianmu sehingga Nabi mengatakan kamu adalah ahli syurga?’

Anda tentu mengagak perkara sama yang saya fikir. Dia mungkin kuat bersedekah, kuat beribadah atau kuat perang jihad fi sabilillah. Ternyata semua telahan itu meleset.
Ini amalan ’biasa’nya :

Lelaki itu menjawab, ’Amalan harianku biasa-biasa sahaja. Cuma di saat sebelum aku tidur, aku akan memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang ingin membuat salah terhadapku’.

‘Easy’ bukan? Ia bertitik-tolak dengan kolam hati. Qolbun Salim, bahasa Al-Qurannya. Ia mengajar kita bahawa Allah Ta’ala hanya menerima hamba yang jernih hatinya sahaja untuk mendiami syurga.
’Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun, kecuali mereka yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (Surah Syu’ara, ayat 88-89)

Semoga hati kita akan dijernihkan Tuhan bermula dengan usaha memohon maaf, memaafkan dan menyambung semula silaturrahim, amin.

Quran kata, nak masuk syurga taklah susah mana. Masuk neraka lagi susah. Thats why ketika ahli neraka beratur nak dilempar ke neraka, malaikat penjaganya pun pelik 'apsal hang boleh masuk tempat ni? Dulu tak baca Quran ke? Tak dengar ke kata Rasul yg tempat ni dangerous? (refer surah Mulk). Pelajari & pastikan diri anda intim dgn AlQuran & cari puluhan syort-cut lain nak masuk syurga. ‪


JOM DAPATKAN BUKU 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA. FORMULA UNTUK mencari kebahagian hidup 


 

#‎copypasteUstAsraffAyobb‬ ‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎agengroupsupportlike‬ ‪#‎kelasonlineblog‬

Sunday, 19 June 2016

Sumbangan dan Sedekah




Assalamualaikum semua jemaah dan sahabat FB yg dirahmati Allah..

Sy buka ruang sekiranya jika ada mereka yg berhajat untuk menyumbang bg program iftar kali ini..
------------------------------------------
#UPDATE TERKINI 18 JUN 16

🌺RM50 per KIT ANAK YATIM (GOODIES +RM20 DUIT RAYA)**untuk 27 orang

😊JUMLAH TERKUMPUL RM1020
     MASIH BERBAKI RM330
-------------------------------------------

🌺RM50 per KIT ANAK TAHFIZ (SEPASANG JUBAH)
**30 LELAKI dan 20 WANITA

😊JUMLAH TERKUMPUL RM550
     MASIH BERBAKI RM1950
------------------------------------------

🌺RM10 untuk KAIN SERBAN bg 30 ANAK TAHFIZ LELAKI

😊JUMLAH TERKUMPUL RM140
     MASIH BERBAKI RM160
-------------------------------------------

🌺RM 50 KIT KASIH ASNAF**100 ASNAF

😊JUMLAH TERKUMPUL RM3650
     MASIH BERBAKI RM1350
-------------------------------------------
InsyaAllah kita sama2 jadikan ruang ini satu peluang untuk kita infaq lebih2 lagi di bulan RAMADAN yg penuh ganjaran pahala ini..

"SEBAIK-BAIK SEDEKAH ADALAH DI BULAN RAMADAN"😊

Untuk info lanjut wasap sy PN ROSYA YUNUS 0192314480..jazakallahukhair..

#MOHONSHAREJIKASUDI

Munajat Ramadhan

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatiMu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…
Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami di sana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya… Aamiin3x Ya Robb

#copypaste #ramadhan