Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
Teks : Pn. Nurhuda
Aziziuddin
Gambar : Pn. Nurhuda Aziziuddin
Pasti
ramai yang telah memiliki buku Mudahnya Menjemput Rezeki(MMR), karya Tn.
Fathuri Salehuddin kan? Alhamdulillah,
tahniah kepada anda yang telah memilikinya. Semoga kita sama-sama mendapat
manfaat daripada pembacaan buku MMR ini dan didoakan juga asbab daripada
pembacaan buku MMR ini kita menjadi insan yang lebih baik di sisiNya.
Buku MMR versi Penuh |
Buku
MMR ini dimiliki oleh saya pada tahun 2012. Pada ketika ini saya akui yang saya
cuai dalam menyempurnakan ibadat-ibadat wajib. Saya berpendapat usaha yang
gigih semata-mata adalah punca untuk mendapatkan rezeki yang banyak. Oleh yang
demikian, atas pemikiran inilah saya lebih mementingkan kerja berbanding menyegerakan
waktu solat.
Alhamdulillah
pada minggu pertama Ramadhan 2012, saya dapati ramai teman-teman ‘Facebook’
menulis berkaitan solat dan puasa. Mereka menyatakan betapa ruginya orang-orang
yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Apabila membaca status tersebut hati kecil
saya rasa tersentap. Di dalam hati saya mengakui yang sayalah di antara
golongan-golongan yang berpuasa tetapi mengambil mudah ibadah solat. Secara
tiba-tiba hati saya rasa sayu dan saya mula mencari apakah matlamat sebenar
kehidupan saya? Apakah bekalan saya di akhirat kelak? Adakah kerja yang sibuk
sehingga mengabaikan solat ini akan membantu saya di akhirat nanti?
Jawapannya,
pastilah TIDAK bukan?
Alhamdulillah
ketika bermonolog di dalam diri dan mencari sesuatu, saya terbaca status
Facebook seorang sahabat yang memuatnaik muka depan buku MMR. Ulasan
buku MMR yang dinyatakan oleh
sahabat saya ini benar-benar mengusik hati saya dan dengan tiba-tiba ada
satu keinginan yang kuat untuk saya memiliki buku MMR
ini. Alhamdulillah selepas 2 hari buku MMR berjaya saya miliki.
Agak memeranjatkan juga kerana buku
ini berjaya saya habiskan kurang dari 1 hari dan saya baca buku ini
tanpa lompat mukasurat. Susunan ayat di dalam buku MMR adalah ringkas
mudah faham dan meresap di dalam jiwa. Sedikit sebanyak perkongsian di
dalam buku MMR ini berjaya membuka satu lembaran baru dalam kehidupan
saya. saya mula belajar bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah
berikan kepada saya.
Buku Mini MMR |
Jika dahulu saya ambil mudah dengan rezeki-rezeki percuma yang
dikurniakan olehNya seperti udara, kesihatan dan kesempurnaan tubuh
badan. Tetapi selepas membaca buku MMR ini saya merasakan betapa
banyaknya nikmat rezeki yang telah dikurniakan olehNya kepada saya
walaupun saya lalai dalam mengingatiNya. Dulu saya berfikiran rezeki =
DUIT. Banyak duit bermaksud banyaklah rezeki dan sebaliknya. Tetapi
konteks rezeki adalah lebih banyak dan pelbagai. Ianya bukan hanya
dinilai dalam bentuk duit semata-mata.
Oleh yang demikian kepada
sahabat-sahabat yang merasakan rezeki mereka sempit, saya syorkan untuk
sahabat-sahabta memiliki buku MMR ini. Kita fahami maksud rezeki
terlebih dahulu. Mula bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada pada
masa kini. Berdoa, berdoa, berdoa dan berusaha insyaAllah rezeki kita
akan sederas air sungai dan seluas hamparan lautan. InsyaAllah.
Subhanallah,
Allahuakhbar, Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment