Gambar: Koleksi peribadi
Saya khatam membaca buku ini malam tadi. Dalam kesibukan harian, saya
masih memastikan sekurang-kurangnya dapat menghabiskan satu buku dalam
masa seminggu.
Buku ini sebenarnya merupakan himpunan pengalaman seorang penjual dadih
yang ditulisnya sendiri. Walaupun menggunakan bahasa santai, susunannya
sangat teratur. Apa yang menarik, dalam setiap peristiwa yang beliau
lalui, dia akan menemukan hikmah dan pengajaran di sebaliknya.
Saya terpana membaca satu kisah di sebalik musibah.
Seorang Tuan Haji telah kehilangan kasutnya di masjid lalu penulis
menemuinya sedang menunggang motosikal dengan berkaki ayam. Pastinya
kasut itu sangat berharga kerana merupakan hadiah daripada anaknya yang
dibeli di luar negara. Namun Tuan Haji berkata, "Kalau kita redha, Allah
akan tambah pahala." Allahu... teringat peristiwa diragut minggu lepas.
Adakah saya redha? Di tahap manakah keimanan saya? Ada bermacam lagi
kisah yang akan membuatkan kita berfikir dan terus berfikir.
Rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh berhubung terus dengan penulisnya Abang Long.
P/S: Saya tidak diminta pun membuat ulasan ini tetapi catitan ini lahir
ikhlas dari hati dan pemerhatian saya. Di saat pasaran buku dilambakkan
dengan novel cinta (saya tak kata semua novel cinta itu tidak
berkualiti), kita perlu memilih bahan bacaan yang memberi manfaat dan
tambah nilai dalam hidup kita. Wallahualam.
Untuk yang berminat untuk dapatkan buku ini boleh buat pembelian dengan kami
Buku Aku Dia Dan Rezeki RM23.00
Postage : RM7.00
RM 30 SEMENANJUNG / RM33 SABAH SARAWAK
Boleh terus isi borang tempahan di sini ya ;)http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com/p/untuk-membuat-pembayaran-sila-bank-in.html
No comments:
Post a Comment