Alhamdulillah, saya mula membaca
buku MMR pada awal tahun 2013, semasa cuti bersalin anak kedua. Melalui
beberapa amalan yang dinyatakan saya cuba konsisten melakukannya. Saya cuba
konsisten mengamalkan solat dhuha dan beberapa amalan lain dalam buku MMR ini.
Syukur Ya Allah, rezeki Allah. Saya menerima sebuah ebook secara percuma sahaja
melalui salah seorang rakan niaga saya, di mana saya mempromosikan ebook beliau.
Beliau memberikan saya ebook tersebut percuma kerana Berjaya mendapatkan
pelanggan pertama. Alhamdulillah, saya
juga turut mendapat tawaran mengikut kelas online yang beliau anjurkan. Kelas
tersebut bernilai RM150. Saya dapat ikut secara percuma sahaja. Alhamdulillah,
terus saya sujud syukur dan menangis kerana janji Allah benar sekali. Sejak
dari itu saya mula cuba konsisten mengamalkan semua amalan yang dinyatakan
dalam buku MMR.
Ini pula kisah sebenar saya
tentang kelebihan dan power of sedekah. Melalui pembacaan dalam buku MMR juga
saya cuba konsisten melakukan sedekah setiap hari. Saya sangat tertarik dengan
salah satu kisah perkongsian penulis buku MMR yang tajuknya Bos hanya
perantaraan rezeki dari Allah. Kisah seperti ini pernah terjadi beberapa kali
kepada saya.
Kisah saya ini terjadi pada tahun
2013 juga, semasa bulan ramadhan. Pada satu hari, datang rakan pejabat mahu
mengutip sumbangan derma untuk sebuah badan kebajikan. Kebetulan hari itu, saya
memang belum bersedekah lagi. Dan saya memang sudah berniat awal pagi itu,
untuk melakukan sedekah di pejabat, dan berdoa ada tempat untuk saya salurkan. Sejak
saya amalkan sedekah, biasanya setiap awal pagi saya mula berfikir-fikir hari
tersebut di mana saya mahu salurkan sumbangan. Walau bagaimanapun sebenarnya
pada waktu itu saya benar-benar langsung tiada wang ditangan, hanya yang
tinggal RM10 sahaja itu pun saya tertinggal di dalam kereta. Ralat sungguh.
Tapi saya berpesan pada rakan pejabat, datang semula esok hari, saya nak
berikan sumbangan. Dengan niat, Ya Allah semoga ada rezeki untuk saya
bersedekah esok. Alhamdulillah, niat
yang baik untuk bersedekah juga sememangnya Allah mendengarnya. Petang tersebut saya mendapat hasil jualan.
Terus saya berniat mahu bersedekah RM20 keesokkan hari pada rakan yang datang
mengumpulkan sumbangan. Keesokkan
harinya saya teruskan niat bersedekah tersebut.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah tak sampai sehari, Allah sudah balas
ganjaran sedekah tersebut. Petang itu juga, boss saya berikan duit raya
(seminggu menjelang syawal) sebanyak RM200. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment