Terbaik... ayat sentap... kalau tak takut.... bacalah... kalau baca, jangan menyesal pulak...
-------------------------------
Copy&paste ajer
-------------------------------
Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur
lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap n
muhasabah sesamer .. takde ruginya..in shaa Allah..
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian.
Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg
sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang
terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawabkan,
"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?".
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku..."
"maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia,
"dua dua mazhab lah ustaz".
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau
teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"kenapa ustaz?"
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah!
Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya,
rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama
mcm kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta
berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang
dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan
langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran
kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong
pulak tu".
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
"orang yang
tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha,
Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak
pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.
Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat
dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.
Bila duduk
dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana
amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza
nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup
setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh...
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi
"orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang
sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat
iblis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur
malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah
fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"
"Allah dah kata
dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau
berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab
itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut
dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu
Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi
apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil
dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang
bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya
dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap
beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar
fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan
tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap
hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasakan,,,ya
Allah!!!!! Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lpas subuh,,
👆 tidur lepas subuh....fikir fikirkanlah. Peringatn utk diri sndiri juga...
No comments:
Post a Comment