Dalam bisnes, adakalanya akan ada isu kedekut nak beritahu supplier. Ia merefleksi kita tidak kaya hati.
Kita tidak rasa Allah Maha Memberi Rezeki. Hakikatnya saat itu kita miskin hati.
Rezeki adalah infiniti. Allah akan beri kepada siapa Dia nak beri.
Lihat berapa billion kedai makan di dunia ini, namun tidak sedikit pun
mengurangkan rezeki masing-masing.
Berapa besarnya rahmat Allah dalam pengagihan rezeki kepada hamba-Nya.
Justeru mengapa ada keraguan dalam hati? Seolah-olah memberitahu kepada
alam,
"Kalau aku beritahu, berkuranglah rezeki aku."
Di sebaliknya adalah, rezeki Allah terhad.
Sedangkan alam semesta yang tidak tahu berapa besar ini pun Allah boleh
cipta, apatah lagi nak memberi kita rezeki. Petik jari sahaja bagi
Allah.
Ini adalah isu dunia dalaman yang saya ingin bedahsiasat. Itu adalah peranan Writethrough yang saya ingin perjuangkan.
Antara isunya adalah tidak yakin dengan rezeki Allah. Tidak bersangka baik dengan Allah yang membawa kepada kemiskinan hati.
Oleh sebab itu petikan hadis,
"Kaya yang sebenar adalah kaya hati."
Berapa ramai anak muda yang kaya raya namun belum ditemukan jodohnya,
berapa ramai pula anak muda yang walau duitnya tidak seberapa, masih
belajar direzekikan Allah untuk bernikah.
Bukanlah sesuatu terjadi
kerana faktor luaran, tetapi segalanya adalah faktor dunia dalaman (saat
kita menyandarkannya kepada Tuhan).
Saat Allah mengizinkannya,
tiada sesiapa yang dapat menahannya. Saat Allah menahannya, tiada
sesiapa yang dapat melepaskannya. Surah Al Faathir ayat 2
Berapa
ramai pula orang kaya raya, namun tidak dijemput Allah ke rumah-Nya.
Adapun orang yang tidak berduit, Allah berikan kesitimewaan itu dari
arah yang tidak disangka-sangka.
Beruntunglah orang yang walau dia kaya raya, dia tetap sandarkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa.
Adakalanya apabila kita ada duit yang banyak, kita begitu sombong untuk minta kepada Allah dapatkannya secara percuma.
Kita begitu yakin, dengan adanya duit, semua benda akan dapat dimiliki. Hakikatnya, ia juga tertakluk dengan izin Allah.
Surah Al Anfaal ayat 10. Bagaimana faktor luaran bukan penyebab
kemenangan. Kerana sesungguhnya kemenangan itu hanya daripada sisi
Allah.
.
BAD - bertanya Allah dulu
Apabila terbiasa berkomunikasi dengan Dia,
Dari situ akan datangnya cinta,
Walau pada mulanya tiada rasa.
Allah dulu, Allah lagi, Allah terus.
Believe yourself, have faith in Allah.
(IA - Penulis Buku BAD)
.
Nak bagitau ni, BUKU BAD (BERTANYA ALLAH DAHULU) Dah restok. Jom sapa nak order
No comments:
Post a Comment