Thursday, 28 January 2016

Ketawa Bius Kesakitan Buku Aku Dia & Rezeki

Ketawa Bius Kesakitan.
.
.
Memang ada kebenarannya apabila kita sakit, cuba fikirkan tentang perkara lain yang menarik, manis dan boleh menyebabkan kita ketawa, insyaAllah, berupaya menjadi 'ubat yang mujarab' walaupun sekeitika.

Zikir. Istighfar. Selawat. Sedekah juga memainkan peranan penting memberikan ketenangan fikiran dan ketenteraman jiwa.

Teringat sewaktu Jururawat menolak katil saya menuju ke bilik bedah. Sejujurnya, hanya Allah yang maha mengetahui tahap kebimbangan dan kegalauan hati.

Berusaha beristighfar dan berselawat. Namun, bisikan halus dari musuh Allah juga semakin rancak.
Namun, perbualan 2 orang Jururawat sewaktu membawa saya ke bilik bedah, kelihatan mampu membuatkan saya tersenyum dan langsung terbayangkan apa yang mereka bualkan.

"Eh, kau pun pakai Qu Puteh?" tanya seorang Jururawat wanita kepada rakannya, seorang Jururawat lelaki.

"Eh, ada ke Datuk Vida kata Qu Puteh tu untuk wanita sahaja? tak ada kan?" balas rakannya, tidak mahu mengalah.

"Hei, orang lelaki kalau putih sangat tak hensem lah, biar dark, tall and hensem ..."
Tidak sempat Jururawat wanita itu menghabiskan ayatnya. Terus sahaja Jururawat lelaki memintas.
"Macam aku, kan? kan? kan?"

Mereka ketawa riang.

Saya pula tersenyum.
 Terlupa seketika yang saya sedang dibawa ke bilik bedah.
Masuk sahaja ke dalam bilik pemeriksaan pertama. Seorang Pembantu Perubatan membelek rekod kesihatan saya dan memandang saya dengan senyuman.

"Nama encik?" soalnya ringkas.

Apabila saya menyebut nama penuh saya. Terus sahaja Pembantu Perubatan itu tertawa kecil. "Nasib baik bukan Feroz Khan ..."

Alangkah bahagianya jika saban hari hidup ini dipenuhi dengan gurauan
Sekali lagi saya terlupa yang saya berada dihadapan pintu bilik bedah.
‪#‎HTAR‬
***
.
.
[Bekerja itu jihad. Manusia bagi gaji lambat, Allah bagi pahala cepat].
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Berhajat untuk memiliki buku AKU DIA & REZEKI ?


Boleh hubungi saya untuk belian ya

Berminat untuk daftar sebagai dropship juga dialu-alukan

No comments:

Post a Comment