Assalamu'alaikum warah matullah saudara Fathuri Salehuddin,
Nama saya ( ) dari Brunei Darussalam. Sebelum ni saya giat mengusahakan
bisnes yang bermacam jenis. Tetapi hampir semuanya gagal. Kadang-kadang
saya hampir berputus asa kerana rezeki yang 'dicari-cari' sukar untuk
sampai.
Dengan petunjuk dan kudrat Allah, beberapa hari lepas,
terdetik hati saya untuk menyelak buku karangan saudara Fathuri, MMR
yang di jual di sebuah kedai berasal dari Malaysia pada expo di Brunei.
Saya biasanya jarang membeli buku-buku bahasa melayu, tetapi terpegun
melihat hasil penulisan yang mudah difahami dan sangat tersusun
berbanding buku-buku lain, hari itu juga saya telah membeli buku
tersebut. Saya juga menyedari buku itu hanya senaskah sahaja lagi yang
tinggal.
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membacanya hari
ini. Sebelum ni, saya telah banyak membaca buku mengenai cara-cara
mencari Rezeki, baik buku dari dalam dan luar negeri.
Antara
banyak buku-buku tersebut, buku yang saudara karangkanlah yang
benar-benar berhasil menarik isi hati saya untuk terus membaca dan
mendalami setiap isi mukasurat, maksud ayat, bahkan setiap perkataan
yang terdapat dalam buku itu.
Saya dapat merasakan seolah-olah
saudara Fathuri sedang bercakap bersemuka dengan saya dengan hanya
melalui pembacaan. Yang paling indahnya, saya dapat merasakan keikhlasan
dan ketulusan hati yang saudara Fathuri telah sampaikan kepada saya
melalui buku tersebut sehingga membuatkan air mata saya mengalir
beberapa kali.
Saya berasa bersyukur kepada Allah s.w.t atas
rezeki dapat membeli dan membaca buku karangan saudara Fathuri dan saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keikhlasan saudara Fathuri
menulis dan berkongsi ilmu tersebut kepada saya dan pembaca-pembaca
lain.
Dari pembacaan buku tersebut, saya mempelajari erti sebenar bersyukur dan kelebihan bersedekah.
Bila saya menyahut kalimah 'Laailaahailallah' sebanyak 10 kali setelah
mengenal erti sebenar kalimah tersebut, hati saya benar-benar berasa
sayu, tenang dan seolah-olah bercahaya. Saya tidak pernah merasakannya
sebelum ini, saya terus menangis kerana dapat merasakan kudrat Maha
Pencipta secara dekat dan tenteram.
Saya terus bertaubat
menginsafi kesalahan-kesalahan yang lalu pada masa itu juga. Sejak itu
saya dapat rasakan Allah itu sangat sayangkan saya dan sangat dekat.
MasyaAllah..Sungguh indah perasaan ini. Sungguh besar kudrat Yang Esa.
Ternyata menjemput rezeki lebih mudah daripada mencarinya. Ini adalah
kunci sebenar yang saya cari-cari selama ini! Dengan 'menjemput' rezeki
dan bertawakal, saya sudah berasa senang, tenang dan yakin bahawa rezeki
yang baik akan tetap datang kepada saya kerana rezeki adalah ketentuan
Tuhan.
Sebelum membaca buku ini, saya selalu merasakan
seolah-olah diri saya miskin atau serba kekurangan, sekarang saya berasa
seperti seorang yang sangat kaya hanya dengan cara merasakan cukup dan
syukur atas apa jua rezeki yang saya miliki dan terima pada masa dulu,
sekarang dan akan datang. Ini adalah selepas saya mengetahui pengertian
rezeki yang sebenarnya bukan hanya membawa makna duit, bahkan kesihatan,
masa lapang, ilmu, tenaga dan sebagainya.
Ternyata Tuhan Maha Kaya dan luas pemberiannya.
Saudara Fathuri, apa yang saya benar-benar ingin sampaikan ialah terima
kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu tersebut. Atas keikhlasan
saudara Fathuri, saya doakan kebaikan dan kekayaan sebenar untuk
saudara. Amin Ya Robbal Alamin
Jika saudara ada sedikit masa,
luangkanlah sedikit untuk mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saya dan
keluarga saya di dunia dan akhirat. Jika ada kesempatan dan petunjukNya
jua, mudahan kita dapat bertemu kelak di dunia mahupun di akhirat dalam
keadaan yang sangat baik dan berjaya. Amin Ya Robbal Alamin
Saya
harap dan doakan agar saudara Fathuri akan dapat terus menyumbangkan
lebih banyak ilmu yang bermanfaat lagi dengan melahirkan beberapa buah
buku lagi dan yang sebagainya.
Saya akan terus membaca lagi dan memanfaatkan buku MMR tersebut serta mempraktikkannya sebaik yang mungkin.
Terima kasih.
Yang ikhlas,
( )
Brunei Darussalam
*********************************************************************
Bagi yang mahu mendapatkan buku mudahnya menjemput rezeki & buku Allah tempat meminta,
Boleh terus hubungi saya
sms / wsap/ telegram 017-7912993 (anys idayu hj zakaria)