BICARALAH DENGAN DIA. Dia dengar.
Bila belum makbul, pasti ada hikmahnya yang menyusul selepas itu.
+ Ya dan makbul sekarang.
+ Ya tetapi bukan sekarang.
Haza min fadhli Rabbi - ini kurniaan Tuhanku
"Tanya Allah dulu, maka lihatlah Dia akan dorongkan jalan yang terbaik."
Sejak Kak Insyirah kenalkan konsep ini,
Apa saja yang dilakukan, pasti Allah yang ditanya dulu walaupun
seremeh-remeh perkara. Dalam kereta since radio pun tak berfungsi, saya
ambil peluang bercakap-cakap dengan Allah.
The best time ever. Peluang keemasan untuk berbicara dengan Allah.
.
Hari sabtu lepas sebelum nak keluar bilik, kunci bilik hilang!
Saya merancang pergi ke suatu tempat untuk merehatkan minda.
Submit kat Allah, "Tolong jaga bilik. Dan bantu temukan kunci."
Dengan laptop kawan atas meja, pintu dihadang dengan kerusi.
Berserah je lah.
.
Tengah drive, "Ya Allah, mana tempat yang sesuai untuk aku lepaking?"
Ada dua tempat yang terfikir, tapi masih tak tahu mana nak pergi.
Allah dorongkan ke Putrajaya. Tempat yang dipilih kosongkan minda -> Makan tepi tasik.
Again, saya tahu Putrajaya penuh dengan orang sebab hujung minggu.
Maka, saya minta sekali lagi "Ya Allah, tolong sediakan parking untuk
aku."
2 kali pusing, yosh! Dapat parking sekali arung mudah jalan untuk keluar nanti.
.
Bila dah sampai bilik, tak ada satu barang pun hilang.
Legaaa...
And guess what?
Allah temukan kunci bilik yang hilang tu melalui kawan sebilik yang jumpa!
.
Yup, memang akui hidup ini indah bila berbicara dengan Dia.
Pernah 2 minggu lepas, saya minta untuk pergi satu seminar secara percuma.
Tak makbul doa tu. Yet, Allah tahu saya mampu bayar.
Maka saya pergi dengan berbayar.
Bila balik dari seminar tu, saya diberi peluang untuk hadir PERCUMA
dalam satu seminar lain dengan harga yang sama dan satu lagi seminar
yang lebih mahal dari itu.
....
Tak terkata waktu tu.
.
Jom dapatkan BUKU BERTANYA ALLAH DULU
Penawar Buat Peragu Rezeki