Thursday 14 July 2016

Teknik Malas Masuk Syurga

TEKNIK MALAS' MASUK SYURGA :
Bagi mereka yang qiam on-off, puasa sunat sekali-sekala, sedekah kadang-kadang tapi nak masuk syurga, amalkan teknik ini. Ia di'endorse' oleh Rasulullah sendiri melalui satu hadith yg saya jadikan sebagai cerita di bawah :

Pernah suatu ketika, Rasulullah s.a.w duduk di masjid. Baginda berkata kepada para sahabat bahawa individu yang akan melewati pintu masjid tidak lama lagi adalah ahli syurga. Maka para sahabat pun menunggu dengan penuh debar dan rasa ingin tahu. Ternyata tidak lama kemudian, individu yang melewatinya adalah seorang arab badwi.
Lelaki kampung biasa, bukannya sahabat terkemuka. Keesokan harinya, Nabi s.a.w mengatakan perkara sama. Lantas para sahabat menanti dan ternyata, orang badwi sama yang datang melalui. Masuk hari ketiga, Nabi s.a.w masih mengatakan perkara serupa dan yang ajaibnya individu sama muncul dari pintu masjid.

Sudah tentu para sahabat merasa hairan apa amalan lelaki badwi itu sehingga ia dijamin ahli syurga. Lalu salah seorang dari mereka mengikuti lelaki badwi tersebut ke rumahnya. Ia meminta izin, ’Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari?’

Lelaki syurga itu membenarkannya.
Hari demi hari berjalan. Sahabat Nabi semakin hairan apakah amalan orang badwi ini kerana dia sedikit pun tidak melihatnya qiam solat malam bersungguh-sungguh.
Akhirnya, sahabat Nabi berterus-terang. ‘Ya fulan, apakah amalan seharianmu sehingga Nabi mengatakan kamu adalah ahli syurga?’

Anda tentu mengagak perkara sama yang saya fikir. Dia mungkin kuat bersedekah, kuat beribadah atau kuat perang jihad fi sabilillah. Ternyata semua telahan itu meleset.
Ini amalan ’biasa’nya :

Lelaki itu menjawab, ’Amalan harianku biasa-biasa sahaja. Cuma di saat sebelum aku tidur, aku akan memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang ingin membuat salah terhadapku’.

‘Easy’ bukan? Ia bertitik-tolak dengan kolam hati. Qolbun Salim, bahasa Al-Qurannya. Ia mengajar kita bahawa Allah Ta’ala hanya menerima hamba yang jernih hatinya sahaja untuk mendiami syurga.
’Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun, kecuali mereka yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (Surah Syu’ara, ayat 88-89)

Semoga hati kita akan dijernihkan Tuhan bermula dengan usaha memohon maaf, memaafkan dan menyambung semula silaturrahim, amin.

Quran kata, nak masuk syurga taklah susah mana. Masuk neraka lagi susah. Thats why ketika ahli neraka beratur nak dilempar ke neraka, malaikat penjaganya pun pelik 'apsal hang boleh masuk tempat ni? Dulu tak baca Quran ke? Tak dengar ke kata Rasul yg tempat ni dangerous? (refer surah Mulk). Pelajari & pastikan diri anda intim dgn AlQuran & cari puluhan syort-cut lain nak masuk syurga.


JOM DAPATKAN BUKU 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA. FORMULA UNTUK mencari kebahagian hidup 


 

#‎copypasteUstAsraffAyobb‬ ‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎agengroupsupportlike‬ ‪#‎kelasonlineblog‬