Tuesday 17 November 2015

Istighfar - Cara mendapatkan Rezeki yang Halal dan Berkat

Istighfar - Cara mendapatkan Rezeki yang Halal dan Berkat
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Amalan beristighfar sangat digalakkan dalam Islam. Allah berfirman, “Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12).

Al- Quran dan Hadis Rasulullah SAW banyak memberikan kaedah mendapatkan rezeki.
Cuma kadangkala kita terlalu lebihkan USAHA KERAS sehingga lupa untuk bersandar padanya.

Semoga Bermanfaat
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬

Monday 16 November 2015

Selamat Pagi

Teks : Anys Idayu Zakaria 

SELAMAT PAGI

S - Sebelum

E - Engkau

L - Lakukan segala
 

A - Aktivitimu
 

M - Mintalah pada
 

A - Allah untuk
 

T - Turut bersamamu


KERANA

P - Pada Dia

A - Ada kekuatan

G - Gagah serta sukacita yang

I - Indah dan luar biasa


🌹🌹Assalamualaikum, salam selamat pagi. 🌹🌹

Sunday 15 November 2015

Berbicaralah Dengan Dia (Kisah Suksess BAD)

BICARALAH DENGAN DIA. Dia dengar.
Bila belum makbul, pasti ada hikmahnya yang menyusul selepas itu.
Kan Allah jawab dalam 3 jawapan :
+ Ya dan makbul sekarang.
+ Ya tetapi bukan sekarang.
+ Allah ada perancangan yang lagi baik.
.
.
‪#‎KisahSuksesBAD‬ - Kisah ini insya-Allah bakal transformasi hidup anda kepada 360 darjah untuk kehidupan duniawi


Haza min fadhli Rabbi - ini kurniaan Tuhanku
"Tanya Allah dulu, maka lihatlah Dia akan dorongkan jalan yang terbaik."
Sejak Kak Insyirah kenalkan konsep ini,

Apa saja yang dilakukan, pasti Allah yang ditanya dulu walaupun seremeh-remeh perkara. Dalam kereta since radio pun tak berfungsi, saya ambil peluang bercakap-cakap dengan Allah.
The best time ever. Peluang keemasan untuk berbicara dengan Allah.
.
Hari sabtu lepas sebelum nak keluar bilik, kunci bilik hilang!
Saya merancang pergi ke suatu tempat untuk merehatkan minda.
Submit kat Allah, "Tolong jaga bilik. Dan bantu temukan kunci."
Dengan laptop kawan atas meja, pintu dihadang dengan kerusi.
Berserah je lah.
.
Tengah drive, "Ya Allah, mana tempat yang sesuai untuk aku lepaking?"
Ada dua tempat yang terfikir, tapi masih tak tahu mana nak pergi.
Allah dorongkan ke Putrajaya. Tempat yang dipilih kosongkan minda -> Makan tepi tasik.
Again, saya tahu Putrajaya penuh dengan orang sebab hujung minggu. Maka, saya minta sekali lagi "Ya Allah, tolong sediakan parking untuk aku."
2 kali pusing, yosh! Dapat parking sekali arung mudah jalan untuk keluar nanti.
.
Bila dah sampai bilik, tak ada satu barang pun hilang.
Legaaa...

And guess what?
Allah temukan kunci bilik yang hilang tu melalui kawan sebilik yang jumpa!
.
Yup, memang akui hidup ini indah bila berbicara dengan Dia.
Pernah 2 minggu lepas, saya minta untuk pergi satu seminar secara percuma.
Tak makbul doa tu. Yet, Allah tahu saya mampu bayar.
Maka saya pergi dengan berbayar.
Bila balik dari seminar tu, saya diberi peluang untuk hadir PERCUMA dalam satu seminar lain dengan harga yang sama dan satu lagi seminar yang lebih mahal dari itu.
....
Tak terkata waktu tu.



.




Jom dapatkan BUKU BERTANYA ALLAH DULU
Penawar Buat Peragu Rezeki