Monday 28 September 2015

The Power Of Selawat

[THE POWER OF SELAWAT]

"Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali"
(Hadis Riwayat Muslim)

Jom sahabat positif saya sekalian, kita berselawat bersama-sama sebagai tanda kasih, sayang, hormat, dan cinta kita kepada manusia paling agung, Rasulullah SAW.

"Allahumma solli' ala Saidina Muhammad
wa a'la a'lihii wasohbihii wassalam"


Boleh baca lebih banyak tip-tip dalam BUKU 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA  .
.

‪#‎anysidayuzakaria‬
www.anysidayu.blogspot.com
‪#‎Janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎Janapendapatandengandropshipbuku‬

Thursday 17 September 2015

Doa Senjata Mukmin

Doa Senjata Orang Mukmin
Dengan doa, segala yang sukar menjadi mudah
Dengan doa segala yang tidak mungkin boleh sahaja mungkin
Doa adalah senjata. Penghubung makhluk dengan Pencipta.
Doa adalah senjata untuk memohon apa saja
Berdoalah tanpa putus asa, kerana hanya Allah tempat meminta.
(Petikan, Kisah 40, Buku Allah Tempat Meminta)

Alhamdulillah, selamat pagi
Apa yang kita fikir, kita buat, kita rasa, dan bayangkan itu juga DOA.


Wednesday 16 September 2015

Apa Kata Pembeli Buku

Alhamdulillah, terima kasih kepada Puan Noor Naseffa. :D
Didoakan moga puan naseffa juga beroleh ilmu bermanfaat daripada pembacaan buku-buku ini

Tuesday 15 September 2015

Rezeki Wanita Mengandung

Rezeki wanita mengandung.
.
.
Usai beratur dan membeli tiket. Saya terus masuk ke bahagian platform menunggu, di Stesen Shah Alam.
Kelihatan sebuah kerusi kosong disebelah seorang wanita. Sebelum duduk saya senyum ke arahnya. Dan wanita itu membalas senyum.

Kelihatan dia sedang mengandung. Dan dalam masa yang sama menjaga dua orang anak yang masih kecil.

Datang 2 orang remaja lelaki. Sambil menyerahkan tiket kepadanya. "Terima kasih ya dik ... Allahu Akbar." wanita itu mengucapkan penghargaan kepada dua remaja itu.
Dan dua remaja itu terus berlalu.

Tidak sampai 5 minit. Tren komuter tiba. Kami naik bersama-sama menuju ke arah Pelabuhan Klang.
Di atas tren. Saya sempat bergurau dengan anaknya yang masih kecil.
Sekali lagi kami duduk bersebelahan. "Puan nak kemana?"
"Teluk Gadong." jawabnya ringkas.
"Oh, saya pun nak turun di stesen tu." saya membalas tanpa diminta.
Selepas itu kami langsung tidak berbual. Hanya sesekali saya mengusik dengan memegang tangan anaknya yang kecil, kelihatan tak boleh duduk diam.

Setibanya di Stesen Telok Gadong. Kami turun bersama penumpang lain.
Sebaik tiba di pintu pemeriksaan tiket. Seorang lelaki tiba dan menyerahkan beg beroda kepada wanita itu.

"Terima kasih ya encik." ucap wanita itu.
Sekali lagi saya terkeliru. Saya sangkakan lelaki yang mendekati wanita itu sambil berbual adalah suaminya atau adik-beradiknya.

Wanita itu tunggu di dalam stesen bersama anak-anaknya. Dan lelaki itu terus naik tangga bersama saya.

Sewaktu menaiki tangga. Saya sekadar bertanya kepada lelaki itu. "Saya ingat wanita itu isteri tuan."
"Oh tak, saya kasihan tengok dia terseret-seret beg tu, bawa anak pula." lelaki budiman itu menjawab jujur.

"Oooo ..." itu sahaja yang saya mampu jawab, sambil memandang ke bawah, memerhati wanita itu yang sedang menunggu seseorang.
.
.
.
Buku Aku Dia & Rezeki
Ada 178 kisah menarik di dalamnya
RM25 + RM7 postage semenanjung

Saturday 12 September 2015

Buku BERTANYA ALLAH DAHULU

Susah bagi kita

Senang bagi Allah

Mustahil bagi kita

Mudah bagi Allah
.
.
Allah dahulu, Allah lagi, Allah terus. Believe yourself, have faith in Allah
.
.
Petikan puisi dalam buku BERTANYA ALLAH DAHULU, penawar buat peragu rezeki




Buku BAD *Penawar buat peragu rezeki*
Hanya RM35 kos termasuk postage ke semanjung
RM 38 sabah sarawak 

Friday 11 September 2015

Sifir Rezeki

Alhamdulillah, selamat pagi.

Sifir Rezeki

Nak RM1000 sedekah dalam tabung masjid RM100
 

Nak RM4000 sedekah RM400

Jika kita tiada duit untuk disedekahkan, sedekahkan barang yang paling berharga yang kita sayang.

Ataupun ingat semula siapa yang pernah berhutang dengan kita, kita halalkan hutang tersebut.
Minta, terus pada Allah swt.


share & like jika bermanfaat smile emoticon



Anys Idayu Zakaria
www.anysidayu.blogspot.com
‪#‎coachkelasonlineblogABDR‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎sayajualbukuAllahtempatmeminta‬
‪#‎sayajualbukuMudahnyamenjemputrezeki‬
‪#‎sayajualbuku21formulahidupluarbiasa‬

Thursday 10 September 2015

Mintalah Kepada Allah Walaupun Garam - Buku Bertanya Allah Dahulu (BAD)




[MINTALAH KEPADA ALLAH WALAUPUN GARAM]
''Mintalah kamu kepada Allah set walaupun garam untuk makanan kamu. Ertinya sekecil apapun juga, hendaklah berdiri di hadapan pintu Allah swt, yang mana orang yang berdiri di hadapan pintu Allah tidak akan kembali dengan tangan kosong.

Jangan kamu tanya, jangan kamu minta kepada anak-anak adam. Mintalah kepada Zat yang pintunya tak pernah ditutup iaitu Allah swt. 24 jam.
Bila nak minta, terserah. Allah akan marah kalau orang itu tidak minta kepada Allah swt. Allah, kalau tak diminta, Dia marah. Manusia, kalau banyak diminta, dia yang marah.
Allah suka kepada orang yang suka meminta kepada Dia''
.
.
Teknik BAD menekankan perkara ini, supaya kita sebagai hambanya sentiasa meminta-minta hanya daripada Dia.
.
.
.
Petikan buku BAD (BERTANYA ALLAH DAHULU).
.
.
‪#‎sayajualbukuBAD‬